Showing posts with label Peluang Kerjaya PPP. Show all posts
Showing posts with label Peluang Kerjaya PPP. Show all posts

Penolong Pegawai Perubatan Akan Ditempatkan Di Klinik Desa

>> Thursday, July 8, 2010

SEPANG, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menaik taraf semua Klinik Desa dengan menempatkan seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) di setiap klinik berkenaan, dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata buat masa ini semua klinik desa hanya dikendalikan oleh jururawat atau jururawat masyarakat sahaja.

"Untuk itu kira-kira 2,000 MA baru akan dilatih di samping MA yang sudah bersara dilatih semula, untuk berkhidmat secara kontrak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa Sepang di sini Khamis.

Beliau berkata dengan penempatan MA berkenaan, ia membolehkan Klinik Desa memperluaskan skop perkhidmatan yang sebelum ini hanya untuk perkhidmatan ibu mengandung dan anak sahaja.

"Jadi selepas ini Klinik Desa akan dapat memberikan perkhidmatan untuk sakit ringan seperti batuk, selesema dan demam biasa kepada semua golongan masyarakat dan sebagai permulaan MA akan ditempatkan di Klinik Desa Sepang mulai Ogos ini," katanya.

Mengulas mengenai permintaan masyarakat di kawasan Sepang yang inginkan sebuah lagi Klinik Kesihatan dibina, Liow berkata arahan sudah pun dikeluarkan kepada pegawai bahagian Perancang Pembangunan kementerian untuk memohon sebidang tanah dan mencari lokasi sesuai.

"Kementerian menjangka pembinaan Klinik Kesihatan yang baru di kawasan itu akan dapat dilaksanakan pada fasa kedua Rancangan Malaysia ke-10 kerana fasa pertama RMK-10 hanya untuk pembinaan Klinik Kesihatan yang sudah mempunyai tapak sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, kementerian sekarang dalam usaha meningkatkan jumlah pasukan bagi Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) kepada 1,000 memandangkan pasukan yang ada sekarang iaitu 600 tidak mencukupi.

Langkah itu sebagai satu lagi usaha kementerian untuk memastikan wabak demam denggi yang kian serius dalam negara dapat dibendung, kata Liow.

-- BERNAMA

Di petik dari Bernama >> http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=511844

Read more...

PM lancar Klinik 1Malaysia - Penolong Pegawai Perubatan

>> Thursday, January 7, 2010


KUALA LUMPUR 7 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Klinik 1Malaysia di Lembah Pantai yang menawarkan khidmat rawatan dengan bayaran RM1.

Katanya, serentak dengan pelancaran itu, 44 buah lagi klinik seumpamanya beroperasi di seluruh negara.

Beliau memberi jaminan kewujudan klinik 1Malaysia tidak akan menjejaskan klinik swasta.

Katanya, Klinik 1Malaysia hanya menawarkan perkhidmatan rawatan sakit ringan dan bagi kes yang serius ia tetap dirujuk pada klinik swasta

PM lancar Klinik 1Malaysia


Read more...

Peluang Kerjaya Untuk Bergelar Penolong Pegawai Perubatan

>> Tuesday, October 6, 2009


Penolong Pegawai Perubatan Pelatih

Jantina Pemohon : Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan : 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan :
i) Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak
ii) Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan
iii) Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah
iv) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak

Read more...

Taklimat Program Ijazah utk Pen Pegawai Perubatan

>> Thursday, October 1, 2009

Satu Taklimat mengenai Program Ijazah untuk PPP (Fast Tract - MAHSA Universiti College in collaboration with Northumbria University) akan diadakan sebagaimana berikut:-
Tarikh : 4 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 1.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Wisma Pembantu Perubatan, Jalan Reko, Kajang



Semua yang berminat dijemput hadir.


En Mansor Fenner,
Pengerusi Biro Pendidikan,
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

Read more...

About This Blog

Blog tak rasmi Penolong Pegawai Perubatan Malaysia

kepada PPP boleh lah menghantar note2 cme, update2 untuk di masukkan kedalam blog ini agar dapat kita berkongsi ilmu bersama..

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP