Gambar Wisma Penolong Pegawai Perubatan

>> Tuesday, October 6, 2009

Pada tarikh 24 April 2009 (Jumaat),jam 3.30 petang, pembayaran terakhir melalui cek berjumlah RM100,000.00 telah dilunaskan kepada pemaju (menjadikan semuanya berjumlah RM730,000.00) oleh Pegawai dan EXCO daripada Ibu Pejabat Persatuan. Dari detik itu, PPP telah berjaya mendapatkan HAK milik bangunan tersebut dengan penyerahan kunci bangunan secara mutlak oleh Pemaju.

Tahniah dan Syabas kepada semua yang telah bertukus lumus berusaha bagi merealisasikan impian kita semua. Paling utama ingin saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pucuk pimpinan Pegawai dari Ibu Pejabat Kebangsaan dan ahli EXCO Persatuan (MAMA) yang telah memberikan pendahuluan pinjaman peribadi bagi menjelaskan baki hutang RM100,000.00 untuk memilikki bangunan WISMA secara mutlak. Tidak dilupakan juga bantuan dari pihak Kesatuan (NUMA) untuk membiayai kos ubahsuai dan perabut pejabat Kebangsaan Kesatuan dan Persatuan di lantai 2. InsyaALLAH selewat-lewatnya mulai 12 Jun 2009, Ibu Pejabat Kebangsaan MAMA dan NUMA akan mula beroperasi di bangunan Wisma Pembantu Perubatan.
Adalah dalam perancangan, bangunan Wisma kita akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato, Sri KSU, KKM pada 12 Julai 2009. jam 3.30 petang, serentak dengan Persidangan Kebangsaan PPP yang akan bermula pada 12 hingga 14 Julai 2009.

Semoga semua PPP yang mempunyai kelapangan pada tarikh keramat tersebut dapat hadir bersama-sama untuk memeriahkan majlis gilang gemilang lagi bersejarah bagi profesion PPP di Malaysia.

ALAMAT WISMA :-
11, JLN REKO SENTRAL 9, REKO SENTRAL ,
43000 KAJANG, SELANGOR D.EHSAN

0 comments:

About This Blog

Blog tak rasmi Penolong Pegawai Perubatan Malaysia

kepada PPP boleh lah menghantar note2 cme, update2 untuk di masukkan kedalam blog ini agar dapat kita berkongsi ilmu bersama..

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP